10 penjuru di Kukusan: Rina Jainal tanding Bebas

TAWAU: ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu – kali ini atas tiket Bebas.

Rina tiba di Pusat Penamaan Calon dengan diiringi ratusan penyokong.

Beliau sebelum ini bertindak keluar dari Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) selepas digantung keahliannya oleh parti itu.

Penyokong-penyokong Rina di pusat penamaan calon.

Rina memenangi DUN Kukusan pada PRN16 atas tiket Warisan dengan majoriti 10 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya Chaya Sulaiman dari BN-UMNO.

Beliau bagaimanapun meninggalkan parti itu pada 2022 untuk menyertai PHRS, yang kemudian menjadi komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Untuk PRN17 ini GRS menamakan Ketua PHRS Bahagian Kukusan  sebagai calonnya Samsiah Usma.

Selain Samsiah, Rina akan berdepan sekali lagi dengan Chaya (BN-UMNO). Calon-calon lain ialah Mariani Sulaiman (Anak Negeri), Hairul Amin Arif (Bebas – Black Wave), Francis Lawrence @ Yusof (Bersatu-PN), Ishak Ismail (PPRS), Ab Rahman Yahya (STAR), dan Razik Muyong (PIS).

Turut bertanding bekas Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman, yang juga abang Chaya, dari parti Warisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *