KOTA BELUD: Datuk Fairuz Renddan menamatkan tanda tanya mengenai hala tuju politiknya apabila menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas di kerusi berkenaan, pada penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Ketua Pemuda PGRS itu digugurkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) daripada mempertahankan kerusinya di DUN Pintasan pada pengumuman nama calon yang dibuat oleh Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor pada Rabu lepas.
GRS sebaliknya mempertaruhkan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertanding di kerusi berkenaan.
Fairuz dijangka dipecat daripada Gagasan Rakyat, komponen utama GRS kerana parti itu telah menetapkan mana-mana ahli bertanding sebagai calon bebas akan dipecat serta-merta.
Selain Fairuz dan Pandikar, sembilan lagi calon bertanding bagi merebut kerusi berkenaan. Mereka ialah:
-Tadzul Radim (Barisan Nasional)
-Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional)
-Abdullah Otong (Warisan)
-Raplin Samat (STAR)
-Almudin Kaida (KDM)
-Lomog Rudin @ Efejus Rudin (Parti Impian Sabah)
-Rizal Saiman (Bebas),
-Tajuddin Padis (Bebas)
-Syarif Shukree Danchingan (Bebas)
Kredit foto: FB Fairuz Renddan
