AMK aktifkan misi pasca banjir Sabah, tumpu kerja pembersihan

KOTA KINABALU: Banjir di Sabah yang mula surut memberi cabaran baharu kepada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia dan AMK Sabah.

Menurut Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, misi bantuan banjir AMK bersama KHIDMAT MADANI kini masuk ke Fasa II, iaitu melakukan kerja kerja pembersihan pasca banjir.

Zaidi Jatil

“Bagi Fasa II kita telah mengumpulkan seramai 200 orang sukarelawan dan misi kita selepas atau pasca banjir untuk membersihkan rumah mangsa yang terlibat, masjid, surau, gereja dan sebagainya untuk membantu mangsa mangsa yang terkesan,” katanya dalam sidang media AMK Sabah.

Menurut Zaidi, misi bantuan banjir Fasa I telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16 – 17 September lalu melibatkan pengagihan bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kawasan parlimen Penampang, Putatan, Papar Kimanis dan Beaufort.

“Jumlah bantuan, sebanyak 200 ketua isi rumah yang terlibat dan anggaran individu yang menerima bantuan 1,030 orang.

“Jenis barang bantuan yang kita edarkan ialah barang makanan, buah buahan, lampin bayi, lampin dewasa, air mineral dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, AMK Sabah telah mengedarkan bantuan sejak hari pertama banjir berupa makanan kering (ready to eat), buah-buahan, kit kebersihan, lampin bayi dan lain-lain.

Bantuan juga diagih oleh KHIDMAT MADANI yang dipimpin oleh Naib Ketua AMK Malaysia, Nabil Halimi. Bantuan yang diberi oleh AMK bergandingan dnegan NGO dan Kerajaan Malaysia telah meringakan beban mangsa banjir di Sabahpada waktu ini. – SUARA KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *