MA63: Tafsiran kuota kerusi Parlimen, pelantar benua dijangka dimuktamad Mei ini – Fadillah

KUCHING: Tafsiran perundangan antaranya melibatkan kuota kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak serta isu takrifan pelantar benua yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dijangka dimuktamadkan dalam Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada Mei ini.

Menurut BERNAMA, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ia bagaimana pun perlu dibawa ke mesyuarat pengurusan tertinggi negara untuk diperhalusi terlebih dahulu.

Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita akan bincang untuk dapatkan hala tuju, diharapkan akan ada keputusan…kalau tiada keputusan maka perlu ada langkah-langkah perundingan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kem Ihya Ramadan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, di sini pada Ahad.

Pada 13 Mac lepas, Fadillah dilapor berkata Kerajaan MADANI telah berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *