Reban terbakar, 20,000 ekor anak ayam hangus

KOTA BELUD: Kira-kira 20,000 ekor ayam hangus dalam kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah kandang penternakan ayam di Kampung Rampayan Ulu, semalam.

Jurucakap Pusat gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 12.34 tengah hari semalam.

Katanya, kandang ternakan ayam terbabit jenis separuh kekal berkeluasan 360 x 50 kaki persegi terbakar kira-kira 95 peratus.

“Jumlah anggaran ayam yang terkorban sebanyak 20,000 ekor,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan sumber air dari jentera dan sumber air tangki simpanan kandang ayam terbabit.

Operasi pemadaman tamat pada jam 2 petang dan pemeriksaan dijalankan untuk memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. – Sabah Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *