AMK Sabah lengkapkan kepimpinan jawatankuasa

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah dalam mesyuarat baru baru ini telah melengkapkan kepimpinan jawatankuasanya.

Menurut satu kenyataan, AMK Sabah yang telah mengadakan mesyuarat di Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu telah membincangkan agenda memperkukuhkan sayap pemuda parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan agenda utama organisasi termasuk usaha memperkukuh peranan AMK Sabah sebagai wadah suara anak muda dalam politik negeri dan negara.

“Sejajar dengan itu AMK Sabah juga komited untuk memperkemaskan aspek penyampaian penerangan dan komunikasi agar lebih efektif, terarah, dan tersusun.

“Perbincangan strategik turut tertumpu kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Penetapan kerangka strategi yang mantap dan gerak kerja terselaras di setiap peringkat menjadi antara keutamaan dalam memastikan kesiapsiagaan jentera AMK Sabah,” kata kenyataan itu.

Justeru, mesyuarat itu telah melantik barisan penuh Jawatankuasa AMK Sabah bagi sesi 2025 – 2028 yang diputuskan dan dipersetujui bersama.

Barisan pimpinan itu ialah:

 

 

Ketua AMK Sabah                               Zaidi Jatil

Timbalan Ketua AMK                         Vincent Fung Sze Zack

Naib Ketua AMK                                   Eldrige Laurence Timis

Naib Ketua AMK                                   Muhammad Firdaus Charlie

Naib Ketua AMK                                    Mohammad Mirza Muazzam

Setiausaha AMK                                     Aljakalil Biou

Bendahari AMK                                      Rafee Jafree

Ketua Penerangan                                 Mohd Nur Hilmie Milus

Pengarah Komunikasi                          Arief Hambali J Indan

Setiausaha Pengelola                           Ian Brian Francis

Pengarah Strategi                                  Abdul Malik Abdul Ghani

Skuad KEADILAN Sabah                     Mohd Azraai Arifin

Penolong S/U AMK                               Mohd Fuad Masli

Penolong Bendahari                              Mohd Ghazali Sabardin

 

Sumber: Suara Keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *