Bung Moktar berdepan pertandingan enam penjuru di DUN Lamag

KINABATANGAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag pada PRN Sabah Ke-17.

Kerusi N.58 itu menyaksikan Bung Moktar yang mewakili BN-UMNO dicabar calon GRS–Gagasan Rakyat, Johainizamshah Johari; calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi; calon Warisan, Mohd Saifullah Lokman; selain dua calon lain iaitu Mohd Ismail Ayob (Bebas) serta Mazlin Madali (PN–Bersatu).

Pada PRN 16, Bung Moktar memenangi kerusi ini dengan memperoleh 3035 undi, menewaskan empat calon lain, dengan pencabar terdekatnya Mohd Ismail Ayob (Warisan) yang mendapat 2374 undi.

Pada PRN kali ini sebanyak 13,859 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.

 

Kredit foto: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *