Struktur kukuh jadi senjata utama BN, jentera siap siaga hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan kesiapsiagaan penuh telah dilaksana jentera parti di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, keyakinan itu berasaskan struktur parti yang kukuh serta pengalaman luas jentera BN di peringkat…

Read More

Presiden LDP wajar renung nasib parti sendiri sebelum perkecilkan kekuatan parti lain – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah Datuk Chin Su Phin wajar merenung nasib parti sendiri sebelum membuat penilaian terhadap kekuatan parti lain. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata UMNO tidak pernah mempersoalkan tahap kekuatan LDP meskipun semua maklum parti itu tidak mempunyai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Sabah…

Read More

UPKO Bandau sokong Ewon sebagai Ketua Menteri Sabah pasca PRN-17

KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Bandau menyuarakan keyakinan penuh terhadap presiden parti, Datuk Ewon Benedick dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17). Sokongan itu disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) UPKO DUN N6 Bandau, Suzie Salapan, yang menekankan rekod kepimpinan Ewon membuktikan keupayaan memimpin negeri dengan…

Read More

DUN Sabah bubar 19 September?

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gemilang Anak Sabah (GAS), Datuk Jismit Japong menjangkakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, akan membuat pengumuman mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 19 September ini. Sinar Harian melaporkan Jismit membuat andaian itu berdasarkan khabar angin yang didengar oleh beliau. “Saya difahamkan Ketua Menteri akan membuat pengumuman pada 19…

Read More

BN Sabah dengar suara akar umbi, tolak gabungan gagal, terpalit kontroversi

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan pendirian untuk tidak bergabung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), satu keputusan yang dianggap penting oleh akar umbi parti bagi menjaga kredibiliti serta masa depan rakyat negeri ini. Menurut Setiausaha UMNO Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin, rakyat jelas menolak sebarang usaha yang…

Read More

KEADILAN Sabah mantapkan strategi komunikasi menjelang PRN

KOTA KINABALU: KEADILAN Sabah melalui sayap penerangannya mengadakan Bengkel Terang dan Menang sebagai usaha memperkukuh strategi komunikasi menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17). Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata, bengkel tersebut menjadi medan penting bagi membina naratif perjuangan parti, selain memastikan mesej aspirasi rakyat Sabah dapat disampaikan secara jelas hingga ke akar umbi….

Read More

Priscella ajak rakyat Sabah ubah kerajaan dalam PRN

KIMANIS: Pemangku Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Priscella Peter mengajak rakyat Sabah bangkit menuntut perubahan pentadbiran negeri berikutan kegagalan kerajaan GRS yang menurutnya hanya banyak menabur janji kosong. Beliau berkata janji manis yang dilafazkan hanya retorik semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. “Sebagai contoh, masalah jalan raya dan bekalan air masih berlaku. Begitu juga dengan…

Read More

PRN Sabah: MCA akan bertanding – Dr Wee

KOTA KINABALU: MCA Sabah akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Dalam laporannya semalam The Star memetik Presiden MCA itu sebagai berkata, partinya pernah menang pada masa lalu dan ada peluang untuk menang lagi jika mereka bertanding. Menjawab pertanyaan mengenai peluang parti itu memenangi…

Read More

PRN Sabah: Amanah hormat keputusan BN tidak kerjasama dengan GRS – Mujahid

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang. Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu mengutamakan kestabilan politik serta perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan dan PRN Sabah perlu…

Read More

Daripada 14 kerusi hanya diberi 8: BN Sabah tidak rela dihina – Suhaimi

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas mendakwa rundingan yang ditawarkan tidak adil serta menghina maruah parti itu. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata keputusan berkenaan pahit untuk diterima kerana BN pernah bersama membina kerajaan negeri, namun perlu dibuat demi menjaga kepentingan parti. “Daripada…

Read More