Demi rakyat, demi Sabah: Suhaimi tegaskan komitmen BN di Sungai Sibuga

LIBARAN:  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Suhaimi Nasir menyeru rakyat Sabah, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, agar bersatu dan meneruskan perjuangan demi kestabilan negeri.

Beliau yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN berkenaan berkata, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah kali ini merupakan masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik.

“Alhamdulillah, atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk bertanding dan mewakili suara rakyat dalam PRN ke-17 di kawasan N.52 Sungai Sibuga.

“Bersama, kita teruskan perjuangan demi pembangunan, kestabilan serta masa depan yang lebih gemilang untuk seluruh warga Sungai Sibuga. Demi Rakyat, Demi Sabah. Libaran Bagus!” katanya dalam kenyataan.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran sebelum ini aktif memperjuangkan pelbagai isu pembangunan di Sabah termasuk prasarana pendidikan, kesihatan serta kebajikan rakyat.

Beliau turut dilihat sebagai antara pemimpin muda UMNO Sabah yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh sokongan akar umbi menjelang PRN kali ini. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *