Esok (Sabtu) hari kelepasan am di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menetapkan Sabtu ini (29 Nov) sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Menurut Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada Khamis, ketetapan dibuat mengikut Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Bab 56.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan, Yang Dipertua Negeri telah menetapkan 29 Nov 2025 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan,” menurut Warta Kerajaan itu. sebagaimana dilaporkan Bernama.

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab pada PRN Sabah ke-17 Sabtu ini, yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

One thought on “Esok (Sabtu) hari kelepasan am di Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *