SANDAKAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan kemunculan ramai calon muda Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini sebagai satu gelombang baharu yang bakal membawa perubahan ketara kepada landskap politik dan pentadbiran negeri.
Beliau berkata, penyertaan generasi muda dalam barisan calon BN bukan sekadar perubahan wajah politik, tetapi menandakan peralihan generasi kepimpinan yang lebih progresif dan berdaya saing.
“Sabah kini sedang melalui political generational shift satu peralihan generasi yang akan mengubah cara dasar dirangka dan dilaksanakan. Calon muda BN kali ini bukan sekadar idealis, tetapi hadir dengan latar belakang profesional, pengalaman industri dan pendedahan global,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran dan calon BN bagi kerusi N52 Sungai Sibuga, barisan muda tersebut berupaya memperkenalkan pendekatan pentadbiran moden berasaskan data serta penyelesaian praktikal terhadap isu rakyat.
Katanya, kombinasi antara idealisme anak muda dan pengalaman politik sedia ada menjadikan BN Sabah lebih bersedia menghadapi cabaran baharu termasuk tuntutan ekonomi, autonomi negeri serta pembangunan wilayah yang mampan.
“BN komited mengetengahkan calon yang bukan sahaja layak, tetapi mempunyai visi dan integriti untuk membawa Sabah ke tahap pentadbiran lebih cekap dan berwibawa. Gelombang muda ini bukan sekadar simbol pembaharuan, tetapi bukti kesungguhan BN mempersiapkan kepimpinan masa depan negeri,” ujarnya.
Suhaimi turut menyeru pengundi Sabah melihat kehadiran calon muda BN sebagai tanda kesediaan parti untuk memperbaharui struktur politik negeri dengan pendekatan lebih segar, rasional dan berpaksikan kepentingan rakyat. – UMNO Online