GRS catat pencapaian luar biasa, bukti keupayaan tadbir Sabah – Joniston

KIULU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus mencatat kejayaan luar biasa dalam pentadbiran negeri apabila berjaya merekodkan hasil negeri tertinggi dalam sejarah, iaitu RM6.9 bilion, serta rizab negeri mencecah RM8.7 bilion.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai, berkata pencapaian ini menjadi bukti kemampuan GRS mentadbir dengan cekap dan membawa perubahan nyata kepada rakyat.

“Kita bukan hanya membuat janji, tetapi melaksanakan inisiatif yang terbukti memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya di sini kelmarin.

Joniston merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, antaranya pencapaian utama GRS termasuk Peruntukan tertinggi kepada setiap ADUN Sabah – RM4 juta setahun RM1.5 juta khas untuk projek jalan pertanian di Kiulu.

Selain itu lebih 120 buah Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) dibina untuk keluarga memerlukan Geran Khas Persekutuan RM600 juta dan kerjasama komersial yang menjana jutaan ringgit.

Joniston menegaskan, kestabilan politik dan pengurusan kewangan yang berhemah menjadi asas kejayaan ini. Beliau menyeru rakyat menilai GRS berdasarkan rekod prestasi sebenar menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Ini baru permulaan. Jika momentum ini dikekalkan, lebih banyak manfaat akan sampai kepada rakyat Sabah,” katanya. – SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *