GRS umum empat lagi calon, jadikan jumlah 55

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan empat lagi nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, sekali gus melengkapkan keseluruhan 55 kerusi yang akan ditandingi gabungan itu.

Empat calon baharu yang diumumkan ialah Bonaventure Boniface bagi kerusi DUN Tamparuli (atas, kiri), Samsiah Usman – Kukusan (atas, kanan), Rafie Robert Tawik – Bingkor (bawah, kiri) dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir – Sebatik (bawah, kanan).

Semalam, GRS telah menamakan 51 calon awal sebelum menambah empat lagi hari ini.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata barisan calon gabungan itu terdiri daripada individu berpengalaman serta tokoh muda, dengan 35 peratus daripadanya merupakan muka baharu. Beliau menyatakan bahawa kepelbagaian latar belakang, bakat dan pengalaman calon-calon tersebut akan menguatkan lagi usaha membawa Sabah ke arah pembangunan berterusan.

Hajiji turut menyeru semua penyokong untuk terus bersatu dan memastikan kemenangan GRS dalam PRN kali ini, bagi membolehkan kerajaan gabungan itu meneruskan mandat pentadbiran serta agenda pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *