Hajiji umum PRN17 adalah yang terakhir

KOTA KINABALU: Pilihan raya negeri yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang terakhir bagi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Beliau mengumumkan perkara ini semasa berucap merasmikan sewaktu merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, semalam.

“Saya telah berkhidmat selama lebih 35 tahun dan pilihan raya negeri ini akan menjadi yang terakhir bagi saya,” kata pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu.

Hajiji berkata beliau tidak pernah menyangka akan diberi mandat untuk menjadi pemimpin nombor satu negeri ini dan merasakan sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada pelapis baharu dalam politik negeri.

ADUN Sulaman itu turut menekankan bahawa sepanjang menjadi pemimpin, prinsipnya adalah untuk sentiasa membuat kebaikan kepada rakyat, kerana sokongan dan kepercayaan mereka adalah kunci kepada keberhasilan perjuangan politiknya.

Hajiji yang bermula sebagai penjawat awam menyertai politik pada tahun 1990 sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Beliau kemudian menyertai Umno pada tahun 1994 selepas USNO dibubarkan.

Pada Disember 2018 Haji bersama sembilan ADUN, lima Ahli Parlimen dan dua senator keluar UMNO secara beramai-ramai.  Beliau kemudiannya menyertai BERSATU, dan mengetuai BERSATU Sabah sebelum meninggalkan parti itu bersama barisan kepimpinan BERSATU Sabah pada Disember 2022 bagi menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *