KOTA KINABALU: Majoriti daripada kira-kira 250 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah disifatkan seperti “blackholes” yang menyedut sumber kewangan dari Sabah. Namun, terdapat segelintir yang menunjukkan prestasi cemerlang.
“Badan berkanun dan GLC ini hanya menyumbang RM143 juta dividen kepada Kerajaan Negeri Sabah, di mana RM50 juta daripadanya datang daripada SMJ Energy. Hanya sebilangan kecil yang mampu menjana dividen untuk kerajaan. Prestasi yang selebihnya sangat menyedihkan,” kata Datuk John Lo (gambar), bekas seorang ahli perbankan yang kini menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Sabah (SEAC).
Antara GLC lain yang menguntungkan termasuk anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Innoprise, Sabah Energy Corporation, Sogip, Sogdc, POIC Lahad Datu, Suria Capital, Sabah Credit Corporation dan Sawit Kinabalu.
Lo merupakan panel jemputan dalam podcast NGO Sabar – Kopi Tiam Council yang bertajuk “Pemantauan & Pembaharuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC): Ketelusan, Akauntabiliti & Pencegahan Rasuah” baru-baru ini….
Baca seterusnya di: Daily Express
