Kepimpinan Pemuda PBS Sook sertai PBRS

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menerima satu lagi suntikan semangat apabila Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Sook, , Rushdy Raphael, memilih untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), yang merupakan salah satu komponen BN.

Turut bersama Rushdy ialah seluruh kepimpinan Pemuda PBS Sook. Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup, dalam satu majlis di Kampung Barai di Keningau.

FMT dalam laporannya memetik  Arthur yang juga calon BN di DUN Sook sebagai berkata penghijrahan Rusdhy bersama kepimpinan Pemuda PBS Sook membuktikan PBRS konsisten memperjuangkan masa depan anak muda di pedalaman Sabah.

Beliau berkata tindakan Rusdhy menyertai PBRS bukan kerana dijanjikan jawatan, sebaliknya memberi ruang dan peluang lebih baik kepada beliau untuk memimpin belia tempatan.

“Anak muda tidak lagi yakin dengan hala tuju, pendekatan dan kepimpinan parti tersebut yang dilihat semakin hilang taring dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

DUN Sook merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Pensiangan. Dua lagi DUN ialah Tulid dan Nabawan.

 

Kredit foto: FB Arthur Joseph Kurup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *