Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada penganut Katolik

KOTA KINABALU: Pemergian Pope Francis merupakan kehilangan besar kepada penganut Katolik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Dunia meratapi pemergian seorang pemimpin kerohanian yang benar-benar mulia yang terkenal dengan kerendahan hati, belas kasihan dan yang bijaksana.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya mengucapkan takziah kepada semua penganut Katolik di saat kesedihan anda,” katanya di sini semalam.

Pope Francis meninggal dunia Isnin pada usia 88 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *