Kunjungan hormat YPNM Sabah kepada Pengarah KPDNKSH

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) cawangan Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sabah, Shahril Nizam Shahidin di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu salah satu usaha untuk merapatkan hubungan kerjasama antara dua belah pihak. Selain untuk menyertai program kepenggunaan yang dibuat dianjur kementerian tersebut.

Dalam kunjungan itu, dihadiri Pengerusi YPNM Sabah, David Chan, ahli jawatankuasa Ts. Yuzrian Efen Yunus dan Halizah Din.

Sementara itu daripada pihak kementerian terdiri Ketua Seksyen Pendayupayaan Pengguna Rayner Adonis dan Naini@ Petronella Anji.

David berkata YPNM cawangan Sabah diwujudkan untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.

“YPNM Sabah selain memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan. YPNM Sabah menjadi pemangkin gaya hidup yang lestari iaitu ke arah corak penggunaan sumber alam secara optimum, kreatif dan berhemah” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *