TAWAU: Lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Rumah Terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di sini malam semalam.
“Majlis bertujuan mengukuhkan lagi semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama insan.
“Saya bersama keluarga sangat gembira dengan kehadiran pengunjung yang datang dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu serta kawasan berhampiran untuk memeriahkan majlis ini,” kata Nizam.
Pada majlis itu, Nizam, yang juga ADUN Apas, turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang asnaf serta bantuan komputer riba kepada pelajar di sekitar kawasan DUN Apas.
“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada empat penerima yang merupakan peserta mewakili Negeri Sabah ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis,” kata Nizam. – SNT
