Manifesto PN: Bantuan Prihatin Rakyat Sabah RM4,800 setahun untuk miskin tegar

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifesto bertemakan ‘Kasi Bagus Sabah’ pada Jumaat dengan menampilkan 12 tunjang dan 159 tawaran yang disifatkan sebagai pelan menyeluruh untuk meringankan beban rakyat serta memperkukuh pembangunan negeri menjelang PRN Sabah 29 Nov ini.

Pelancaran dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berikut adalah perkara-perkara menarikyang ditekankan dalam manifesto itu:

  1. Dana Masa Depan Sabah – RM10 bilion

PN mencadangkan penubuhan dana khas jangka panjang berjumlah RM10 bilion untuk menjamin pulangan masa depan daripada sumber negeri serta memastikan kekayaan Sabah dapat dilindungi dan dinikmati oleh generasi akan datang.

  1. Tuntutan 40% Hasil Sabah

PN menegaskan komitmen untuk memperjuangkan tuntutan Sabah terhadap 40% hasil cukai Persekutuan, yang dianggap sebagai hak perlembagaan negeri dan mesti dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan.

  1. Reformasi Menyeluruh Sektor Perlombongan

PN mengusulkan:

-Penubuhan kementerian khusus untuk mineral,

-Penyediaan kertas putih untuk mendedahkan keputusan lampau,

-Penyusunan semula agensi berkaitan,

bagi menangani isu ketelusan dan skandal lesen cari gali serta memastikan hasil mineral Sabah diurus secara telus dan bertanggungjawab.

  1. Reset Infrastruktur – RM3 bilion

PN menjanjikan pelan “reset” infrastruktur merangkumi:

-Penambahbaikan bekalan air,

-Menaik taraf jalan raya,

-Menstabilkan bekalan elektrik,

Tambahan RM500 juta diperuntukkan bagi pelan tebatan banjir di seluruh negeri.

  1. Pemacuan Ekonomi dan Pembangunan Pelancongan

PN menyasar:

-Menggandakan kemasukan pelancong,

-Memperkasakan sektor pertanian dan perikanan,

-Mewujudkan 80,000 pekerjaan menjelang tahun 2030.

  1. Perlindungan Sosial

Antara tawaran sosial utama:

-Perlindungan insurans percuma sehingga RM15,000,

-Dana perumahan RM1 bilion untuk skim sewa-beli dan pembinaan rumah kos rendah.

  1. Penambahbaikan Keselamatan Negeri

PN berjanji memperkukuh langkah keselamatan melalui penyelarasan lebih ketat dengan agensi Persekutuan, peningkatan pemantauan keselamatan sempadan dan tindakan tegas terhadap ancaman rentas sempadan.

  1. Penjelasan Mengenai Bidang Kuasa Negeri dan Persekutuan

Walaupun terdapat kebimbangan bahawa sebahagian janji melibatkan bidang kuasa Persekutuan (pendidikan, kesihatan, keselamatan), PN menegaskan kerajaan negeri tetap bertanggungjawab mendesak, berunding dan memastikan rakyat Sabah menerima bantuan sewajarnya.

  1. Bantuan Prihatin Rakyat Sabah (BPRS) – RM4,800 setahun

Bantuan tunai khas untuk keluarga miskin tegar sebagai langkah segera menangani tekanan kos sara hidup.

  1. Dana Didik Sabah RM300 juta (5 tahun)

Dana pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah, termasuk:

-Pengangkutan ke asrama murid pedalaman,

-Bantuan peranti dan peralatan PdP,

-Kelas bimbingan percuma,

-Saringan percuma masalah pendengaran/penglihatan serta bantuan peralatan.

  1. Program Sabah Celik 3M

Intervensi pendidikan bagi memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

  1. Bantuan Pendidikan Tambahan

Termasuk:

– Bantuan alat tulis,

-Bantuan Tenang Periksa Sabah (TPS)bernilai RM250 kepada calon SPM/STPM/STAM.

  1. Program Sabah Prihatin (PSP) – Kesihatan

Usaha memperluas akses rawatan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, GLC, IPT dan NGO.

Antara inisiatif utama:

Kompas Kesihatan Sabah (KKS) – unit bergerak untuk saringan komuniti, terutamanya penyakit tidak berjangkit (diabetes, tekanan darah tinggi, kanser).

  1. Subsidi Tiket Penerbangan Mahasiswa Sayang Sabah (MSS)

Subsidi RM1,000 setahun kepada mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan bagi meringankan kos perjalanan pulang ke kampung.

  1. Skim Bantuan p-Hailing Sabah

-Dana RM2.5 juta setahun untuk 5,000 anak muda sektor penghantaran motosikal, merangkumi:

-Pembiayaan penyelenggaraan motosikal,

-Perlindungan insurans.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *