MARA dan GiatMARA Sabah hulur bantuan kepada mangsa banjir – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan komitmen MARA dan GiatMARA Sabah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di negeri ini.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menziarahi mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar daerah Putatan dan mengadakan mesyuarat khas bersama Pengarah MARA Sabah, Dr Shahrizin Sarhadat serta Pengarah GiatMARA Sabah, Ts. Azizzudin A Aziz, malam tadi.

Jelasnya, antara bentuk bantuan yang bakal disalurkan termasuk:
• Menggerakkan pelatih GiatMARA di seluruh Sabah untuk membantu kerja-kerja pembaikan rumah, khususnya pendawaian elektrik.
• Sukarelawan dan Sahabat Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan dikerahkan bagi membantu gotong-royong pascabanjir.
• Bantuan kewangan untuk anak-anak yang kehilangan peralatan sekolah dan buku akibat banjir menerusi YPM.
• GiatMARA turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan serta peralatan elektrik yang rosak.
• Menyegerakan pembaikan dan pembinaan baharu rumah mangsa banjir di bawah Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dengan kerjasama Kementerian Desa dan Wilayah.

“Insya-Allah, penyelarasan segera ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir di Sabah,” katanya lagi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *