KOTA KINABALU: Mohd. Shahrunizam Bin Mohd. Salleh seorang peguam telah dilantik sebagai Bendahari Agung United Sabah Bumis Organination (USBO) yang baharu sehingga 2027 bagi menggantikan Datuk Jemil Sidah yang meninggal dunia akhir Mei lalu.
Mohd. Shahrunizam sebelum ini dilantik sebagai Penolong Bendahari Agung. Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USBO, Dr. Zulfikar Zulkifli kini dilantik sebagai Penolong Bendahari Agung.
Perlantikan itu dibuat dalam mesyuarat AMT USBO yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden III, Datuk Jamal Norubi bertempat di bangunan persatuan itu di Sadong Jaya, Kota Kinabalu pada 13 Jun 2025.
Sementara itu, USBO akan menerukan program biro kemsayarakatnya dengan terus mengagihkan kampit beras kepada Peka B40 di beberapa tempat di negeri ini.
Menurut Pengurus Penyelarasnya, Dr. Zulfikar Zulkifli setekat ini pihaknya telah mengagihkan 20,200 kampit beras dalam beberapa siri program yang telah diadakan.
Katanya, program itu mendapat sambutan daripada pelbagai golongan masyarakat disamping mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang disediakan sepanjang program itu.
Beliau percaya program yang dianjurkan banyak memberi manfaat dalam membantu mereka untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma selain mendapat ‘ole-ole’ daripada penganjur.
Antara yang hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden I Datuk Dr. Abd. Aziz Julkarnian, Naib-naib Presiden Dr. Liddy Salun dan Datuk Hamzah Sundang, Setiausaha Agung Datuk Baror@Baharul Sawi, Ketua Penerangan Datuk Bolkiah Ismai dan AMT Datuk Mohd. Yusop Mansor, Datuk Jame Elip, Datuk Dr. Saadilah Abdullah dan Datuk Umar Sarim. – Utusan Borneo
