PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Titiwangsa Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, berkuatkuasa 4 Julai.
Tindakan itu susulan kegagalannya mempertahankan jawatan naib presiden PKR pada pemilihan pusat parti itu baru-baru ini.
Nik Nazmi juga gagal mempertahankan kedudukannya sebagai ketua PKR Setiawangsa dalam pemilihan cabang bulan lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, yang akan berkuat kuasa pada 4 Julai, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan akan bercuti mulai esok.
Peletakan jawatan Nik Nazmi itu menyusul sejurus selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya selaku Menteri Ekonomi.
