KOTA KINABALU: PAS Sabah menzahirkan sokongan kepada ketua menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dengan menyifatkan kepimpinannya lebih baik berbanding ketua-ketua menteri sebelum ini.
FMT dalam laporannya semalam memetik Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Aliakbar Gulasan sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dalam PAS terbuka turut terbuka untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Hajiji.
Menurut beliau walaupun PAS masih merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), mereka terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama politik menjelang pilihan raya.
“PAS bersedia untuk bertanding di bawah panji mana-mana gabungan yang mereka jalin kerjasama dengannya. Kami sedang mencari rakan kerjasama yang sesuai dan berkongsi prinsip yang sama.
“Sejujurnya, saya mesti katakan bahawa Sabah di bawah kepimpinan Hajiji jauh lebih baik berbanding ketua-ketua menteri sebelum ini. Rakan-rakan saya dan saya dalam PAS terbuka untuk menyokong GRS,” katanya kepada FMT.
Kata Aliakbar lagi, PAS berharap untuk bertanding sekurang-kurangnya enam daripada 73 kerusi DUN – terutamanya di kawasan majoriti Muslim – dan menekankan bahawa mana-mana calon yang diketengahkan mestilah mengutamakan pembangunan Sabah.
“PAS boleh menjadi penentu kepada mana-mana rakan politik yang bekerjasama dengan kami,” katanya.
