KOTA KINABALU: Ketidak hadiran Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, tidak menghadiri Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama dan Jentera KEADILAN DUN Api-Api, di sini pada Ahad lepas, menguatkan spekulasi bahawa ADUN Api-Api itu mungkin digugurkan pada PRN akan datang.
Walaupun laporan The Star memetik Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, menafikan spekulasi tersebut, namun ramai yang menjangkakan sebaliknya.
“Mungkin beliau ada komitmen lain sebagai menteri dan perlu menghadiri beberapa program hari ini. Sebab itu beliau tidak dapat hadir di sini,” kata Mustapha.
Tetapi untuk seorang ADUN tidak hadir dalam majlis penting di kawasannya, yang dihadiri Timbialan Presiden parti, Pengerusi Pimpinan Majlis Pimpinan Negeri dan Pengerusi DAP Negeri yang merupakan rakan komponen PKR dalam Pakatan Harapan Sabah, adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Liew merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api selama tiga penggal, dan merupakan Ketua PKR Cabang Api-Api sebelum ditewaskan oleh Grace Lee dalam pemilihan parti pada awal tahun ini.
Selain itu kedudukan Liew selaku Pengerusi PKR Sabah digantikan oleh Mustapha pada Julai tahun lepas, manakala jawatan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah yang disandangnya juga digantikan dengan Datuk Ewon Benedick dari UPKO.

https://shorturl.fm/oCpOP