KOTA KINABALU: Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ke-10 2025 akan bermula pada 17 Mei ini.
Acara yang diadakan di Teluk Likas itu merupakan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang dipimpin oleh Tan Sri TC Goh.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew dijemput untuk hadir ke The Sunset Beach Party yang diadakan pada 16 Mei ini sebagai tanda mulanya festival berkenaan.
Christina berharap perlumbaan kali ini yang dibahagikan kepada 11 kategori mampu menarik lebih ramai penyertaan daripada peserta antarabangsa berbanding tahun lepas.
Beliau juga mencadangkan pertandingan itu diawalkan kepada bulan Mei daripada Jun yang diadakan setiap tahun adalah mahu festival itu diraikan bersama-sama bulan Pesta Kaamatan.
Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dijangka akan merasmikan perlumbaan itu pada 18 Mei. – Utusan Borneo
