PH umum senarai calon PRN Sabah awal bulan depan

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai penuh calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada awal bulan depan.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, gabungan itu merancang untuk bertanding kurang daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan senarai akhir calon akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Senarai akhir akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan. Setakat ini, kita sedang melihat antara 21 hingga 23 calon daripada PH,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Menurut laporan itu, pembahagian kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH telah dimuktamadkan dan akan diumumkan pada Hari Penamaan Calon.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, PKR akan menampilkan barisan calon pelbagai latar belakang termasuk muka baharu, teknokrat, bekas penjawat awam dan pemimpin akar umbi.

“Semua jentera parti telah digerakkan sejak awal bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.

 

One thought on “PH umum senarai calon PRN Sabah awal bulan depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *