PKR umum senarai calon PRN Sabah hujung minggu ini

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 9 atau 10 November ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, pengumuman rasmi calon yang bakal bertanding akan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu.

“(Perbincangan) kerusi dengan Barisan Nasional sudah dimuktamadkan, manakala dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tinggal satu kerusi lagi, tapi saya fikir akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya dipetik.

Mustapha sebelumnya hadir ke Jelajah Harapan Urang Sabah Majlis Pimpinan PKR Sabah di Sandakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.

Sementara itu menurut Mustapha, PKR bakal meletakkan dua calon di kawasan parlimen itu, iaitu masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum dan Karamunting.

Menyentuh mengenai Jelajah Urang Sabah beliau menjelaskan mewakili Kerajaan MADANI dan Pakatan Harapan untuk memberi penerangan kepada akar umbi berhubung sumbangan kerajaan.

 

 

Sumber: Suara Keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *