PM setuju pertimbang pertambahan kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak – Fadillah

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak, namun tertakluk rundingan lanjut dan kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini pada Jumaat, yang dipengerusikan Perdana Menteri.

“Berhubung kait kerusi Parlimen akan diperincikan lebih lanjut lagi… secara prinsip yang dipersetujui tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa perkara ini boleh dipertimbangkan tapi tertakluk perundingan dan perincian seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata sebarang pindaan melibatkan kerusi Parlimen memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *