KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan nama empat calon lagi calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.
Dengan penambahan itu, BN kini bertanding di 45 kerusi, berbanding 41 ketika pengumuman pertama dibuat pada Ahad.
Empat calon baharu yang diumumkan itu ialah Willey Lampaki bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Bandau; Rahmah Jan Sulaiman (N43 Kemabong); Datuk Chin Kim Hiung (N54 Karamunting) dan Chaya Sulaiman (N70 Kukusan).
Menurut Pengerusii BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata keputusan menambah calon itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir serta hasil rundingan yang diperhalusi bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh dan strategik.
“Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan strategik, sesuai dengan keperluan rakyat serta dinamika politik negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
