PRN Sabah: DAP guna logo PH

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan untuk Sabah menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dalaman DAP Sabah sama ada mahu bertanding secara bebas atau kekal di bawah panji PH.

“Calon-calon DAP akan menggunakan logo Harapan.

“Kami telah membincangkan perkara ini, dan kami adalah sebahagian daripada gabungan persekutuan serta sebuah parti nasional.

“Pemimpin DAP Sabah juga merupakan sebahagian daripada kerajaan Persekutuan, dan kami kini adalah gabungan pemerintah di peringkat Persekutuan — sebab itulah kami kekal menggunakan logo Pakatan Harapan,” katanya sebagaimana dilaporkan Malay Mail.

Loke berkata, walaupun sebelum ini, di Sabah dan Sarawak, parti itu pernah meminta pengecualian, namun kali ini DAP Sabah merasakan strategi terbaik adalah menggunakan logo Harapan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa DAP mempertimbangkan untuk menggunakan logo parti sendiri bagi mengukuhkan identiti parti, susulan Keputusan UPKO, yang juga komponen PH, untuk menggunakan logo sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *