PRN Sabah: Dari pulau ke darat, Pemuda BN Sabah sudah bersedia – Aby Zeehad

KUALA LUMPUR: Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke- 17.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Aby Zeehad Abdullah Sani berkata, kekuatan sebenar jentara Pemuda BN Sabah terletak pada semangat kesetiaan, perpaduan, dan keberanian anak muda yang sentiasa ke hadapan memperjuangkan aspirasi rakyat.

“Dari pulau hingga ke darat, seluruh kekuatan jentera Pemuda BN telah tersusun, teratur dan rapi, bersiap siaga untuk turun ke gelanggang memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di bumi Sabah.

“Pemuda BN Sabah bukan sahaja bersedia untuk berdepan pilihan raya, tetapi juga bersedia membawa naratif politik baharu terutamanya dalam politik khidmat, pembangunan dan kestabilan negeri.

“Dengan semangat juang yang tinggi dan disiplin organisasi yang kukuh, Pemuda BN Sabah berdiri teguh sebagai benteng hadapan parti, membawa suara rakyat dan menawarkan khidmat politik harapan serta pembangunan yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat khususnya anak muda,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut Aby Zeehad, bersandarkan semangat kesepaduan dan keikhlasan dalam barisan Pemuda BN Sabah yang akan memastikan kemenangan dalam PRN Sabah kali ini.

“Kami yakin dengan semangat kesepaduan, keikhlasan dan kerja berpasukan, Pemuda BN Sabah akan menjadi pemangkin kemenangan BN di PRN Sabah ke-17,” jelasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17.

PRN ini menyaksikan 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.

Tempoh berkempen selama 14 hari bermula pada 15 November 2025 hingga jam 11.59 malam, 28 November 2025, manakala sebanyak 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *