PRN Sabah: Formula ‘penyandang’ elakkan PH dan BN bertembung – Anthony Loke

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertembung dalam pilihan raya negeri Sabah (PRN) akan datang kerana kedua-dua pihak akan menggunakan formula penyandang, lapor The Star.

Akhbar itu memetik Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebagai berkata persefahaman itu dicapai di peringkat tertinggi kepimpinan, termasuk dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan, tidak akan berlaku pertembungan kerusi antara PH dan BN walaupun kedua-dua gabungan menggunakan logo masing-masing. “Siapa yang menyandang kerusi akan diberi penghormatan untuk terus bertanding,” katanya.

Menurut Loke, prinsip ini penting bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua gabungan di Sabah, walaupun landskap politik negeri itu lebih kompleks berbanding peringkat Persekutuan.

Katanya, DAP hanya mempunyai enam kerusi di Sabah yang dimenangi dalam pilihan raya lalu, dan kali ini parti itu akan mempertahankan kesemuanya selain berunding untuk menambah satu atau dua lagi kerusi.

Loke yakin formula penyandang akan memastikan kerjasama PH-BN lebih utuh dan berpanjangan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *