PRN Sabah: PBM kekal hasrat bertanding secara solo

SANDAKAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM), sekali kali menegaskan hasratnya untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

The Star memeticksetiausaha agung parti itu Munan Laja sebagai berkata partinya terbuka kepada kemungkinan menjalin kerjasama dengan parti-parti lain pada masa hadapan, namun buat masa ini akan bergantung kepada jentera akar umbi dan pemimpin tempatan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi terpilih.

“Jadi, kami akan bergerak solo. Kecuali pada suatu hari nanti ada gambaran yang berbeza. Buat masa ini, kami akan bergerak sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah PBM Sabah di Sandakan kelmarin.

Program tersebut yang diadakan di Hotel Gloria, Bandar Letat, turut menyaksikan pelancaran bahagian PBM Tanjung Papat, yang telah menarik lebih 1,300 ahli hanya dalam tempoh satu bulan.

Munan berkata pertambahan keahlian yang pesat itu menunjukkan rakyat Sabah memberi respon positif terhadap mesej PBM yang menekankan kepimpinan yang bersih dan berteraskan komuniti.

“PBM ialah sebuah parti baharu tanpa beban masa lalu. Calon-calonnya terdiri daripada rakyat tempatan, wajah-wajah baharu,” katanya, sambil menambah bahawa parti masih menilai calon-calon yang sesuai dari kalangan bahagian-bahagian mereka.

Parti itu, yang sering diangggap ‘parti Sarawak’ kerana berpangkalan di wilayah itu, kini mempunyai tujuh bahagian aktif di Sabah dan berhasrat untuk meletakkan calon di kawasan-kawasan tersebut berdasarkan tahap kesiapsiagaan dan sokongan tempatan.

Sementara itu, Pengerusi PBM Sabah, Jupperi Lenson menafikan dakwaan bahawa PBM cuba mengenakan kepimpinan berasaskan Sarawak ke atas Sabah, sambil menegaskan bahawa watak parti yang berbilang kaum dan inklusif menjadikannya relevan di seluruh negara.

“PBM ialah sebuah parti nasional… jadi isu sama ada kita parti tempatan atau luar tidak seharusnya timbul. Apa yang penting ialah kualiti kepimpinan dan agenda yang inklusif,” katanya.

Jupperi berkata PBM telah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri sejak 2022 dan kini aktif di tujuh kawasan, termasuk Tanjung Papat, Bandau, Kota Belud, Tuaran, Tulid, dan Kundasang.

Beliau turut berkata PBM sedang menyesuaikan model inklusif yang digunapakai di Sarawak dengan landskap politik unik di Sabah.

“Tidak seharusnya timbul isu dari mana asal sesebuah parti. Apa yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat dan kerelevanannya. PBM hadir untuk menawarkan sesuatu yang berbeza,” katanya.

Munan turut mengulangi bahawa PBM akan terus membuka ruang untuk kemungkinan sekiranya berlaku perubahan dalam dinamik politik sebelum hari pengundian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *