PRU DUN Sabah: Batik Air tawar tambang tetap RM309 bantu rakyat pulang mengundi

KOTA KINABALU: Bagi memudahkan rakyat Sabah pulang mengundi pada Pilihan Raya DUN Sabah akan datang, Batik Air memperkenalkan tambang tetap serendah RM309 bagi beberapa laluan domestik ke negeri ini.

Menurut Malaysia Tribune, syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya semalam memaklumkan promosi tersebut meliputi laluan Kuala Lumpur–Kota Kinabalu, Kuala Lumpur–Sandakan, Kuala Lumpur–Tawau serta Subang–Kota Kinabalu.

Tempoh tempahan dibuka mulai semalam (30 Oktober) hingga 2 November 2025, manakala tempoh perjalanan ditetapkan sehingga 30 November 2025.Pakej percutian terbaik

Laporan itu memetik Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy sebagai berkata, inisiatif itu bertujuan memberi kemudahan kepada pengundi Sabah yang perlu merancang perjalanan pulang dalam tempoh singkat, selain menyokong urusan perjalanan rakyat ketika musim pilihan raya.

“Kami memahami ramai pengundi Sabah perlu merancang perjalanan dengan jadual padat.

“Tawaran tambang tetap ini direka untuk memudahkan perjalanan mereka, dengan pilihan penerbangan yang selesa, diyakini dan mudah,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai membuat tempahan awal kerana jumlah tempat duduk adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.

Maklumat lanjut serta pembelian tiket boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau laman web rasmi syarikat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *