PRU DUN Sabah: Parti Bumi Kenyalang letak 10 calon

KOTA KINABALU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) Sabah setakat ini akan meletakkan 11 calon pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah ke-17.

Walaupun demikian parti itu terbuka untuk menerima calon-calon lain bagi bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya itu.

Pengumuman itu dibuat pada majlis Makan Malam PBK yang diadakan di sini pada malam Sabtu.

Penyampaian watikah pencalonan calon-calon PBK Sabah disempurnakan oleh Presiden PBK, Voon Lee Shan, Pengerusi PBK Sabah, Datin Soh Kee Suat dan Naib Pengerusi PBK Sabah, Datuk Ronnie Loh Ee Eng.

Antara calon-calon PBK Sabah untuk PRN17 ialah Halman Maniuk untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Gunsanad Malingka (Bengkoka), Datuk Abdul Halim Yussof (Tanjong Kapor), Robbin Banati (Bandau), James Gantukok (Tandek), Mohd Yunus Ibrahim (Karambunai), Candy Chiew (Likas), Datin Soh Kee Suat @ So Chee Say (Api-Api), Datuk Loh Ee Eng (Tanjung Aru), Datuk Jasni Matlani (Tanjung Keramat) dan Walter Norbert Johnny (Moyog).

 

Sumber: Utusan Borneo

One thought on “PRU DUN Sabah: Parti Bumi Kenyalang letak 10 calon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *