Rasuah libatkan permohonan tanah: Penjawat awam, pesara ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dan seorang pesara telah ditahan kerana terlibat dalam rasuah berjumlah RM66,000 bagi memproses permohonan tanah pada tahun 2016.

Kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan pada pagi ini (Selasa) selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

The Star yang memetik sumber melaporkan, suspek tidak mempunyai kuasa untuk memproses permohonan tanah, dan juga tidak memiliki tanah untuk tujuan bancian, ketika dakwaan jenayah itu dilakukan.

Penjawat awam dan pesara itu masing-masing dikatakan telah menerima RM54,000 dan RM12,000 daripada beberapa individu untuk permohonan di bawah skim tanah negeri.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes itu sedang disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan didakwa tidak lama lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *