KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan tarikh 2 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri ini sempena ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah yang jatuh pada Ahad.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menetapkan bahawa apabila ulang tahun rasmi TYT jatuh pada hari Ahad, hari berikutnya iaitu Isnin, 31 Mac ini akan menjadi cuti kelepasan am.
“Pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi TYT jatuh pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2025, maka hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am.
“Kerajaan negeri menetapkan sekiranya hari berikutnya juga adalah hari kelepasan am, maka tarikh 2 April 2025 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
