Sabah negeri kaya, jangan biarkan Putrajaya tentukan siapa Ketua Menteri – Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan pengundi bahawa siapa Ketua Menteri Sabah bukan ditentukan oleh Putrajaya sebaliknya dipilih sendiri oleh rakyat negeri itu.

Calon dan penyandang DUN Senallang menegaskan, Kerajaan Pusat boleh disokong tetapi kerajaan negeri mesti dibentuk oleh rakyat Sabah sendiri.

“Baru-baru ini, saya berdiri di hadapan rakyat Balung, Apas, Sri Tanjong, Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik dengan satu pesanan yang paling penting dalam PRN ini.

“Siapa Ketua Menteri Sabah bukan ditentukan oleh Putrajaya. Tetapi rakyat Sabah sendiri.

“73 kerusi ini adalah kuasa kita. Jangan serahkan masa depan negeri kita kepada parti-parti luar yang hanya datang ketika pilihan raya,” katanya.

Shafie berulang kali mengingatkan, Sabah mesti ditadbir oleh orang Sabah.

“Sekolah kita masih berpapan, ada tandas tanpa air, ada bangunan tanpa elektrik.

“Sedangkan berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun di peringkat Persekutuan.

“Sabah kaya. Gas, minyak, sumber laut kita nilainya jauh lebih besar daripada apa yang kita pernah tuntut.

“Tapi jika kita tidak bersatu di bawah parti tempatan, hak kita akan terus hilang.

“Saya mohon kepada semua. Berikan mandat kepada Warisan. Pertahankan negeri kita dan satukan suara Sabah,” seru Shafie. – Suara TV

 

Kredit foto: FB Shafie Apdal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *