Saingan DUN Silam tinggal 8 penjuru, calon PH tarik diri

LAHAD DATU: Persaingan sembilan penjuru bagi kerusi DUN SIlam kini bertukar kepada lapan penjuru setelah calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, menarik diri daripada bertanding.

Abdul Halim dari PKR berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan pimpinan tertinggi PH bagi mengekalkan hubungan baik dan keharmonian dengan parti-parti sekutu.

PH terlibat dalam kerjasama ‘tiga segi’ dengan Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) dan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua sekutunya itu turut meletakkan calon di DUN Silam

Kerusi DUN Silam sebelum ini disandang oleh Dumi Pg Masdal daripada Parti Warisan.

Berikut ialah senarai calon yang aka  bertanding di DUN berkenaan selepas penarikan diri Abdul Halim:

N62: SILAM: SABAH: 28,261

1. Sharif Musa Sharif Mabul(BN-UMNO)

2. Datuk Mizma Appehdullah(GRS-Gagasan Rakyat)

3. Datuk Mohammad Yusof Apdal(Warisan)

4. Borkes @ Balkis Kalinggalan(PN-Bersatu)

5. Amat Kawoh @ Abd Rahman(Bebas/IND)

6. Mohammad Enriquez(SPP)

7. Brahim Bisel(PIS)

8. Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin(PKS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *