Salleh seru BN Kawang terus perkukuh perpaduan

KOTA KINABALU: Perpaduan merupakan asas utama bagi menjamin kejayaan parti, kata Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sehubungan itu beliau menggesa BN Kawang mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan kerjasama bagi memenangi kawasan majoriti Islam itu.

Bekas ketua Menteri Sabah itu turut mengingatkan bahawa kekuatan politik tidak terletak pada individu, sebaliknya pada parti yang menyatukan rakyat.

“Kawang mesti terus menunjukkan bahawa perpaduan hanya tercapai apabila kita berhimpun di bawah sebuah parti yang kukuh. Individu boleh bertukar ganti, tetapi parti kekal menjadi wadah perjuangan bersama,” katanya semasa berucap pada program Radu Tetap Radu (RTR) di Kawang.

Salleh turut menekankan bahawa perpecahan hanya melemahkan masyarakat, manakala kesetiaan kepada parti akan menjamin kestabilan dan kemajuan. Beliau juga mengajak golongan muda memahami bahawa masa depan mereka lebih terjamin melalui wadah politik yang stabil dan bersatu.

“RTR ini bukan sekadar pertemuan, tetapi ikrar – bahawa Kawang berdiri teguh bersama kita dalam perjuangan ini,” tambahnya.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Jamal Nerubi; ADUN Pantai Manis, Datuk Tamin Zainal, serta pimpinan UMNO negeri.

 

Sumber: Jesselton Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *