SAPP jamin kebajikan yang lebih terpelihara

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menyeru pengundi memberikan sokongan kepada parti itu untuk kebajikan yang lebih terpelihara.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata, SAPP menampilkan enam calon pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah) dengan harapan tinggi untuk menyuarakan isu-isu setempat.

Katanya, pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas dan Luyang perlu memberikan SAPP peluang agar segala masalah berkaitan banjir yang dihadapi penduduk di dua kawasan ini dapat diatasi

Menurutnya, isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah juga agenda penting untuk terus diperjuangkan.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama Progressive Education Foundation (PEF) dan masyarakat Cina di sini, pada Rabu.

Sementara itu, wakil daripada PEF, Datuk Wong Yit Ming berkata, pendidikan Cina di Sabah sudah sekian lama berhadapan dengan layanan tidak adil khususnya dari segi pentadbiran.

Beliau mengimbas kembali krisis guru sementara pada 1990, di mana guru sekolah Cina tidak diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya, yayasan itu pernah menaja guru ke China untuk menghadiri latihan, tetapi sebahagiannya tidak diiktiraf kerana peraturan pentadbiran.

Menurutnya, selepas 2008 dan 2013, yayasan berkenaan sukar mempengaruhi dasar dalam kerajaan kerana tidak lagi berada dalam kerajaan.

Wong menyeru masyarakat dan guru menyokong calon SAPP supaya mereka boleh kembali ke kerajaan dan memperjuangkan dasar pendidikan yang lebih adil.

Hadir sama calon DUN Luyang, Luyang Gee Tien Siong dan calon DUN Likas Yong Yit Jee. – Utusan Borneo

One thought on “SAPP jamin kebajikan yang lebih terpelihara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *