STAR lantik pemimpin bahagian sementara ganti 5 ADUN keluar parti

KOTA KINABALU: Parti StarSabah (STAR) telah melantik pemimpin bahagian sementara bagi menggantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti selepas presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, menarik parti itu keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Ketua Penerangan parti itu Anuar Ghani, langkah proaktif itu diambil bagi memastikan semangat dan kekuatan gerakan politik parti terus kukuh.

“Pemimpin bahagian sementara telah dilantik di kelima-lima kawasan yang sebelum ini diwakili oleh penyandangnya. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan parti serta menggerakkan jentera pilihan raya STAR bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya sebagaimana dilaporkan The Star.

Anuar menjelaskan bahawa pemimpin sementara yang dilantik merupakan pemimpin akar umbi dalam jaringan akar parti dan komited sepenuhnya terhadap agenda STAR dalam memperjuangkan hak-hak Sabah.

Lima ADUN yang meninggalkan parti ialah Datuk Ellron Angin (Sook), Datuk Robert Tawik (Bingkor), Datuk Annuar Ayub (Liawan), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan)*dan Datuk Flovia Ng (Tulid), yang memilih untuk kekal bersama GRS.

Menurut Anuar, *STAR akan bertanding dalam pilihan raya akan datang bersama rakan parti tempatan lain.

“Ini bukan sekadar langkah taktikal, tetapi keputusan berprinsip,” katanya sambil menambah bahawa STAR yakin rakyat mahukan parti-parti tempatan menerajui pentadbiran negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *