Dr Akmal mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa mendatangkan kegusaran awam.

Beliau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

ADUN Merlimau yang juga EXCO Kerajaan Negeri Melaka itu, didakwa membuat kenyataan berunsur kegusaran awam menerusi akaun Facebook miliknya pada jam 3 petang, 11 Ogos lalu.

Kenyataan itu didakwa boleh mendorong mana-mana individu melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Nordin Ismail, dibantu lima Timbalan Pendakwa Raya, manakala Muhammad Akmal diwakili 10 peguam diketuai oleh Aizat Azam.

Semasa prosiding, pihak pendakwa raya mencadangkan jaminan diberikan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun pihak pembelaan memohon agar anak guamnya diberikan jaminan sebanyak RM2,000 atas alasan beliau perlu menyara seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk disebut semula pada 22 September depan.

Terdahulu media melaporkan Terdahulu, Muhamad Akmal tiba jam 8.25 pagi sambil diiringi isteri, Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus, ahli keluarga serta ratusan penyokong dari seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *