KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO tetap komited untuk terus mendampingi rakyat, membawa semangat peduli dan kasih yang tulus.
Menerusi hantaran di laman Facebook Puteri UMNO Sabah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi telah turun padang untuk menziarahi dan menyantuni masyarakat di Sabah.
“Ziarah Kasih Puteri UMNO Malaysia menziarahi anak-anak muda di Parlimen Putatan yang terkesan akibat banjir sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.
“Puteri UMNO tetap komited mendampingi rakyat, membawa semangat peduli dan kasih yang tulus.
“Ziarah Kasih Puteri UMNO Malaysia turut diteruskan dengan menziarahi ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata dan terkesan dengan banjir di Parlimen Kimanis.
“Puteri UMNO sentiasa dekat di hati masyarakat, menyantuni dengan penuh kasih dan prihatin,” katanya.
Selain itu, Program Santai Bowling Anak Muda Papar turut diadakan sebagai ruang untuk merapatkan ukhuwah dan mendekati anak-anak muda.
“Meriah! Tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Papar, Ummi Nabilah Jamal atas inisiatif baik seperti ini.
“Program yang bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi ruang merapatkan ukhuwah, memperkukuh semangat kebersamaan, membuka ruang bicara dan menyerlahkan jiwa satu keluarga besar Puteri di samping mendekati semangat anak muda Sabah.
“Setiausaha Puteri UMNO Malaysia mewakili Datuk Nurul Amal petang tadi bersama barisan exco dan sebahagian Ketua Puteri UMNO Bahagian Negeri Sabah dan ahli Puteri mereka. Pertemuan penuh ceria ini menguatkan lagi rasa kebersamaan antara Puteri UMNO dan masyarakat,” katanya lagi. – UMNO Online
