KOTA KINABALU: Badan Kebajikan UMNO Barisan Nasional (BN) Sabah akan melancarkan Ekspedisi Pasca Banjir pada Sabtu ini sebagai usaha membantu mangsa yang terjejas di beberapa daerah.
Demikian maklum Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi BN Sabah menerusi hantaran di laman Facebooknya.
“Pada Sabtu ini Badan Kebajikan UMNO/BN sabah akan melancarkan Ekspedisi pasca banjir untuk membantu membersihkan kawasan sekolah, masjid, surau dan lain-lain bangunan awam serta rumah-rumah persendirian di daerah Putatan, Beaufort, Kimanis dan Papar.
“Semoga usaha ini dapat meringan kan beban yang di hadapi oleh mangsa banjir,” katanya.
Terdahulu beliau bersama-sama kepimpinan UMNO Sabah telah mengiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke pusat pemindaan sementara mangsa banjir di daerah Putatan, Beaufort, Kimanis dan Papar.
Sumber: UMNO Online
