UPKO Sook nyatakan sokongan kepada Arthur Joseph Kurup

PENSIANGAN: UPKO Bahagian Sook menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Presiden PBRS Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook.

Menurut Ketuanya, Mohd Khairi Abdullah @ Henry, penyokong-penyokong UPKO serta rakyat di Sook melihat keperluan membantu kemenangan anak tempatan itu di samping atas kredibilitinya.

“Kita nampak Arthur seorang anak muda dan kreatif. Pemikirannya 5G (pantas) dan agresif membuat pembangunan. Kemudian hubungan padu beliau dengan Persekutuan, apa sahaja yang diminta ditunaikan.

“Kita melihat sebahagian besar masalah rakyat khususnya kemudahan asas dan sebagainya telah beliau selesaikan dan UPKO melihat ini adalah satu kerja yang baik dilakukan oleh seorang pemimpin yang baik dan beliau adalah Arthur.

“UPKO melihat beliau mempunyai kredit, merit untuk menjadi pemimpin kita di sini, sebab itu UPKO bantu,” katanya kepada UMNO Online.

Mohd Khairi ditemui selepas program Arthur bertemu rakyat di Kampung Biah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Biah di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, dalam satu temu bual eksklusif bersama Arthur, Ahli Parlimen Pensiangan itu mengalu-alukan atas sokongan dan kerjasama daripada UPKO Bahagian Sook yang telah memberikan komitmen untuk bekerjasama dan akan memastikan kemenangan BN di Sook untuk kebaikan negeri Sabah.

Rekod perkhidmatan Arthur sebagai Ahli Parlimen Pensiangan membuktikan sebahagian besar janji yang termaktub di dalam manifestonya telah berjaya dilaksanakan dan ada yang sedang dalam proses perkembangan yang positif.

Arthur telah melancarkan manifestonya sebaik sahaja selesai proses penamaan calon pada Sabtu lalu dan menjadi calon pertama yang melancarkannya.

Antara projek yang besar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit Baharu, Sekolah Kebangsaan (SK) Ambual dan SK Rancangan Belia Tiulon yang sedang dalam pembinaan.

Selain itu, termasuk juga projek jalan-jalan yang besar seperti jalan Rancangan Belia Tiulon, jalan masuk ke kampung Karamatui, jalan Pagalungan sehingga pekan Pensiangan.

Antara lain rekod pencapaiannya adalah seperti projek pembinaan menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungun sejauh 46 kilometer bernilai RM380 juta dan dijangka siap penghujung 2026, projek pembinaan bangunan baharu Tingkatan 6 SMK Nabawan dan projek pemulihan sawah padi di Sook.

Begitu juga bantuan orang sakit dan warga emas kepada lebih 5,000 orang penerima, penubuhan Pertubuhan Peladang Sook dan pelbagai program berteraskan perkhidmatan kerajaan seperti Kembara Sains Borneo, Jualan Agromadani Mega dan Karnival TVET. – UMNO ONLINE

 

SENARAI CALON  N45: SOOK (20,349)

Datuk Ellron Angin (GRS-Calon Langsung/Direct Candidate)

Shafiq @ Joseph Peter Tinggi(Warisan)

Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut(STARSABAH)

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup(BN-PBRS)

V Chong Vin @ Siau Ho(PIS)

 

(2020: Ellron Angin: PN-STAR: Maj: 1,232)

One thought on “UPKO Sook nyatakan sokongan kepada Arthur Joseph Kurup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *