UPKO tanding sekurang-kurang 20 kerusi – Ewon

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tidak akan mengadakan sebarang majlis khas untuk mengumumkan senarai calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Perkara itu ditegaskan oleh presidennya Datuk Ewon Benedick dalam satu kenyataan media hari ini.

Ewon juga berkata partinya akan bertanding tidak kurang daripada 20 kerusi pada PRN itu.

Tambahnya, nama-nama calon UPKO akan diumumkan menerusi satu kenyataan media.

“Saya akan menyediakan senarai calon UPKO lewat petang ini melalui kenyataan akhbar,” katanya.

Beliau menambah calon-calon tersebut datang daripada pelbagai latar belakang akademik, pengalaman, kualiti kepimpinan dan rekod perkhidmatan kepada kawasan masing-masing.

“Mereka mewakili UPKO dan menawarkan kepimpinan di kawasan masing-masing berdasarkan penanda aras prinsip perjuangan dan khidmat masyarakat parti.

“Mereka juga akan bergerak ke setiap pelosok kampung, kejiranan dan bandar untuk mempromosikan agenda ‘Sabah First’,” katanya.

 

Kredit foto: FB Ewon Benedick Official Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *