USNO akan suarakan pendapat kerjasama GRS pada mesyuarat AMT

KOTA  KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan mengemukakan pendapat mengenai hala tuju kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS akan datang.

Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pihaknya masih menunggu tarikh mesyuarat berkenaan.

“Pada pendapat saya berhubung dengan kerjasama ini, dengan siapa sahaja GRS mahu bekerjasama, sama ada parti lokal atau parti dari Semenanjung…saya akan kemukakan pada waktu mesyuarat itu nanti,” katanya di sini, semalam.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor baru-baru ini memberikan makluman bahawa GRS tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama, namun menjelaskan bahawa perkara itu perlu diputuskan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) gabungan berkenaan terlebih dahulu.

Hajiji menghormati pandangan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah memastikan kestabilan politik di Sabah.

PM selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mahu melihat GRS dapat bersama dengan PH dan Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *