USNO kekal bersama GRS

KOTA BELUD: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan terus komited bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden USNO, Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, walaupun terdapat desakan dari pelbagai pihak mahu parti itu keluar dari gabungan berkenaan, tetapi USNO akan tetap bersama GRS.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa berucap pada Kongres Agung USNO di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Hadir sama Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah), Datuk Ellron Angin, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Hendrus Anding, dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *